Biar Papa Asal Bergaya

Admin teringat pasal satu cerita yang diceritakan oleh kawan admin dan admin nak share pulak dengan pembaca semua.Ceritanya macam ni, bulan puasa hari tu kawan admin pegi la ke sebuah butik untuk beli baju raya. Lepas pusing pusing lima enam kali maka berjumpalah dia dengan baju raya yang berkenan di hati dan di pun terus ke kaunter nak buat bayaran. Tak boleh nak pusing-pusinng lagi sebab dia pun pegi last minit shopping time lunch.

lkisahnya masa beratur tu,di depan dia ada la dua orang perempuan yang dressingnya memang mengancam habis lah.Memang macam orang berada. Perempuan pertama nak buat bayaran sepasang baju yang dia dah pilih. Dia pun keluarkan kad kredit untuk membuat pembayaran. Tiba tiba si casher bagitahu kat kredit dia dah tak boleh guna. Dia bising jugak sebab baju tu dalam lima ratus saja katanya. Kemudian dia keluarkan pulak kad debit. Lepas casher check tak boleh bayar jugak sebab tak cukup duit dalam debit kad tu. Perempuan ni dah mula gelisah sebab kalau semua kad dia tak boleh guna dia kena gunakan cash atau lupakan saja baju pilihan dia tu. Dia pun keluarkan cash, malangnya tak cukup jugak dan last choice dia pinjam duit dari kawan dia yang datang bersama ke butik tu. Kawan admin tu bukan nak sibuk dengar drama dia orang tapi dalam keadaan tempat yang sesak membuatkan kedudukan dia sangat hampir dengan perempuan tu dan boleh dengar apa yang berlaku.

Lepas kawan admin cerita macam-macam yang admin fikir pasal peristiwa tu. Pertamanya memang untuk nampak bergaya orang dah hilang rasional kah? Sanggup berhabis apa yang ada. Penting sangat ke beli baju di butik mahal walaupun tak mampu. Apa sebenarnya yang nak di tunjukkan oleh pemakai bila memakai baju mahal itu pada hari raya agaknya.

Melihat situasi sekeliling admin rasa orang yang tak berapa berada memang akan membeli sesuatu yang sebenarnya di luar kemampuan mereka untuk membuktikan mereka sebenarnya mampu. Mungkin mereka lupa orang yang melihat bukan saja tahu harga barang yang mereka pakai tetapi juga dapat menilai situasi kewangan si pemakai. Orang yang melihat biasanya bukanlah berasa takjub akan si pemakai yang mampu berbelanja mewah dengan pendapatan yang tak seberapa sebaliknya orang akan mengutuk si pemakai yang memakai baju tak ukur badan.

Jadi di mana untungnya berbelanja mewah untuk menjamu mata orang lain sedangkan kita makin terjerat dengan hutang yang tidak berpenghujung? Admin bukan cemburu orang yang mampu berbelanja mewah tetapi kesian dengan hutang yang mereka tanggung. Buat yang tidak berkemampuan di luar sana. Jadilah orang yang rasional dalam berbelanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *