Catriona Ross Terkejut Bila Dapat Tahu Siapa Wanita Duduk Sebelahnya

Selesai sudah Konsert pertama Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang telah diadakan dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada hari Sabtu lepas. Bertemakan Gema Irama Terkenang, 11 bintang GGV menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.

Terlihat beberapa orang selebriti telah memeriahkan konsert ini dengan menjadi sebahagian penonton. Antaranya seperti aktres kacukan Melayu-Scotland, Catriona Ross yang turut memberi sokong terhadap rakan-rakan artis bertanding untuk GGV musim ini.

Salah satu gambar yang dimuatnaik menerusi Instagramnya, Catriona sempat ‘selfie’ bersama seorang wanita nerniqb yang duduk di sebelahnya. Pada awalnya Catriona tidak mengenali siapakah wanita itu sehinggalah dia mendengar suara ketika bertutur dengannya. Alangkah terkejutnya, apabila wanita itu ada penyanyi nasyid yang pernah popular suatu ketika dahulu, Wahida Wassini.

I arrived at GGV and sat down kat my seat. Minutes later, i heard a familiar voice.. I looked up and i knew right away its Wahida Wassini. Rindu. Its been more then 10 years since we’ve last spoken ………

(Saya tiba di Konsert Gema Gegar Vaganza dan mencari tempat duduk. Kemudian, saya terdengar suara yang sangat kenal. Saya lihat terus ke wajahnya dan terus dapat cam bahawa wanita itu adalah Wahida Wassini, Rindu. Hampir 10 tahun tidak bertemu”)

Wahida Berniqab Selepas Berkahwin

Wahida mula berniqab sebaik sahaja jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy,pada 6 Ogos 2009. Waheeda yang terus mengambil keputusan meninggalkan gelanggang seni terus menyarung niqab.

Dipetik dari Kosmo Online, Waheeda mula memakai niqab dua hari selepas mengadakan majlis persandingan di sebelah keluarga Akhil di Gopeng, Perak. Paling pasti, ia dilakukan atas kemahuan sendiri untuk berubah sambil mengikut sunah seperti dibuat oleh isteri para Nabi.

Sumber Kosmo Online & IG Catriona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *