duit cukai aku bayar br1m kau sedar sikit

Tidak dapat dinafikan, kemenangan kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Mahathir di dalam pilihanraya ternyata memberi impak malah rakyat juga suka berkongsikan gambar pemimpin tersebut termasuklah barisan selebriti tanah air. Bagaimanapun, ada juga yang sakit mata melihatkan perkara ini.

Che Ta turut terkena tempias apabila berkongsikan rasa gembira tersebut. Lebih menarik lagi Che Ta tidak berdiam diri dan membalas komen tersebut yang mungkin juga akaun palsu sebenarnya.

Jawapan yang diberikan Che Ta ternyata memberi tamparan realiti buat haters tersebut dan ia turut membuatkan peminat dan pengikut Che Ta di laman Instagram bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh pelakon wanita tersebut.

Apa pun, inilah perkara biasa yang dilalui apabila berbicara tentang politik di laman sosial. Cemuhan dan kritikan tidak akan berhenti namun terpulang kepada individu untuk ambil peduli atau membiarkan saja perkara negatif berlalu pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *