“Mama, hari ini Allah balas kau ‘cash’ di atas dosa-dosa lampau kau…” – Bertahun pendam, anak Rosmah luah perasaan di Instagram

Bismillahirrahmannirrahim. Hari ini merupakan hari jatuhnya pemerintahan yang zalim yang ramai orang telah doakan dalam doa mereka. Saya membesar dengan melihat kedua-dua individu tersebut, menyayangi mereka dan menghormati mereka. Ada ketika dalam kehidupan, saya bagaikan melalui perjalanan pergi dan balik dari neraka semata-mata untuk mereka.

Semakin saya meningkat tua, saya hanya nampak sifat mementingkan diri dan tamak. Saya melalui pengalaman penderaan emosi dari segi fizikal dan mental secara langsung daripada tangan orang yang sebelah kiri (gambar).

DUA BIJI ANAK MATA INI JADI SAKSI

Saya menyaksikan banyak kerja yang menyalahi undang-undang, tawaran dan persetujuan yang dibuat semata-mata kepentingan kuasa dan untuk memuaskan nafsu tamak mereka.

Saya juga menyaksikan kerja “bawah meja” yang dilakukan oleh orang belah kanan (gambar)

Wang yang terdapat didalam beg bimbit bertukar tangan dan digunakan seperti air yang mengalir untuk membeli barang kemas, merasuah pihak berkuasa, dan juga digunakan dalam perjalanan untuk mengukuhkan kekuasaan mereka.

SEMUA JENIS BOMOH KELUAR MASUK


Cakap sahaja, apa jenis bomoh yang tak pernah dibawa keluar masuk dari rumah untuk pelbagai sebab tapi kebanyakkannya adalah untuk mengekalkan penguasaan dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga mereka, lebih lebih lagi kepada pihak yang berani menentang mereka.

Banyak akaun luar negara yang dibuka untuk digelapkan/dicuci duit supaya mereka gunakan untuk kegunaan sendiri. Peti besi yang penuh dengan barang kemas, batu permata yang bernilai dan wang wang dikumpulkan.

Biar saya bagitahu betapa banyakkan cubaan untuk mengahwinkan saya dengan pembida yang paling tinggi dengan pangkat yang paling tinggi semata mata untuk mendapatkan sokongan politik dan kelebihan sosial.

SEMUANYA BERUBAH BILA SAYA BERKAHWIN DENGAN SUAMI SAYA

Apabila saya berkahwin dengan lelaki pilihan saya selepas penat dalam percubaan untuk melepaskan saya dari ikatan ini, keluarga baru saya telah diganggu dan didedahkan dengan pelbagai cara yang kejam, tidak bertoleransi dan sampai tahap menjatuhkan maruah dibawah salah satu pihak yang bekerjasama dengan Rosmah Mansor.

Tanpa diketahui, dia telah mengarahkan jentera kerajaan, penjawat awam, media masa dan ahli parlimen untuk menganggu keluarga saya. Terlampau banyak cara kreatif digunakan dalam keganasan untuk menutup periuk nasi kami sekeluarga dan anak anak.

Walaupun semua ini, dengan percubaan untuk meminta tolong daripada Perdana Menteri (kanan) juga telah gagal. Tambahan pula, dia tutup pulak jejak kerja isterinya itu.

MASA KAU AKAN TIBA JUGA


Hari saya meninggalkan rumah, saya telah tinggalkan amaran bahawa orang yang telah dipilih ke dalam pejabat, berkuasa hanya disebabkan oleh kehendak orang ramai. Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, bila rakyat akan menghukum kamu diatas kesalahan kamu keatas mereka. Akan tiba masanya, Tuhan akan menghukum kamu diatas kesalahan kamu yang cuai dalam mempertahankan rakyat yang kamu telah bersumpah untuk melindungi mereka.

ALLAH BALAS KAU ‘CASH’


Hari ini, mesej saya kepada mereka yang terlibat. Kesemua sekali. Kau dapat balasan balik atas apa yang kau lakukan. Tuhan telah menjawab doa rakyat. Tuhan telah menjawab doa keluarga ku. Kamu telah diketepikan dengan pantas sekali.

Sebagai orang yang ada hubungan darah daging dengan keluarga ini, saya berdoa yang kamu akan gunakan pengalaman dan masa ini untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Allahuakbar. Semoga DIA menyelamatkan hati kamu yang hitam. Hanya DIA yang mempunyai kuasa untuk memaafkan kamu semua.

Sumber : Azrene Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *