Pengantin Wanita Ini Tiba-tiba Menjerit Ketika Di Atas Pelamin, Tetamu Jadi Panik & Tidak Tahu Punca Sebenar

Sebuah kejadian yang aneh telah berlaku apabila seorang pengantin wanita tiba-tiba menjerit ketika sedang bersanding di atas pelamin.

Kejadian ini telah dirakam dan videonya telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fietry Kitty Zhee pada 2 April 2018.

Namun sayangnya, Fietry tidak mendedahkan nama sebenar pengantin wanita itu sebaliknya hanya merujuk wanita tersebut sebagai pengantin sahaja di dalam videonya itu.

“Pengalaman kelmarin, pengantin sudah duduk manis dan cantik di atas pelamin, tiba-tiba menjerit.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar. Mungkin ianya akibat perbuatan orang yang iri hati atau perbuatan bekas teman lelakinya.

Wallahualam.”

Video Player

00:00
00:00

Fietry tidak menolak kebarangkalian pengantin wanita itu dirasuk.

Terdapat tiga buah video berasingan yang telah dimuatnaik oleh Fietry di dalam laman Facebooknya.

Di dalam video pertama, pengantin wanita dilihat tiba-tiba menjerit ketika berada di atas pelamin.

Terdengar jelas jeritan wanita itu sebelum dirinya dikerumini oleh ahli keluarga dan para tetamu bagi menenangkannya.

Video Player

00:00
00:00

Para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan itu turut berasa panik dengan kejadian aneh tersebut.

Bunyi teriakan pengantin wanita ini terdengar sayup-sayup di antara muzik dangdung yang sedang dimainkan pada waktu kejadian.

Setelah ditenangkan, pengantin wanita itu dilihat sedang duduk sambil dipeluk oleh seorang wanita yang membawa air putih.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat mulut wanita yang sedang membawa air itu sedang berkumat-kamit seperti sedang berkata-kata sesuatu, namun tidak dapat didengari.

Dalam keadaan masih termengah-mengah, pengantin wanita itu telah diberikan air minuman oleh wanita tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *