Potluck untuk jamuan hari raya

Admin nak share sikit pasal jamuan hari raya sempena bulan mulia ni. Syawal dan makan makan atau jamuan hari raya memang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Bermula peringkat negara, rumah terbuka pak pak menteri, pejabat- pejabat kerajaan, swasta hinggalah ke kediaman persendirian semua ingin meraikan Syawal dengan mengadakan majlis makan makan sempena hari raya. Perbagai kaedah bagi mendapatkan sumber untuk mengadakan majlis ini dilakukan mungkin dana institusi itu sendiri atau dengan kata lain di’sponsor’penuh oleh tuan rumah. Yang dijemput pasti senyum hingga ketelinga kerana dapat jimatkan duit poket untuk makan tengah hari atau malam.

Namun ada lagi satu konsep yang agak popular, yakni kaedah potluck. Pihak yang terlibat masing masing menyumbang untuk mengadakan majlis tersebut. Jika masing masing bersetuju sama sama menyumbang tidak ada masalah, tetapi ada juga kaedah potluck yang dibuat secara paksaan. Sama ada yang terlibat di’paksa’menyumbang dari segi kewangan atau membawa sejumlah tertentu makanan yang ditetapkan. Sekali imbas kaedah ini nampak indah. Kita yang nak makan kita sumbang sama sama, bukankah itu juga sedekah.. Tapi redha kah penyumbang yang terpaksa ini?

Dengan kemajuan teknologi telekomunikasi whatapps menjadi medium untuk memberi arahan siapa bawa apa dan berapa sumbangan untuk majlis bakal di adakan. Penerima arahan pasti akan patuh, tak kan nak komplen benda baik macam ni. Tak kan nak kata tak boleh untuk membawa nasi impit untuk 30 orang makan, atau memasak kuah lodeh atau menyediakan kek buah dua tiga biji. Semua saling mengenali, mengataka tidak bukan satu tindakan yang mudah untuk dikakukan, bukan?

Mengapa penyumbang terpaksa ini sebenarnya ingin mengatakan tidak? sebab lepas raya masing masing tiada wang lebih untuk berbelanja. Ini realiti. Kita sudah berhabis untuk menyambut hari raya. Lepas raya kita kena paksa pula untuk buat makan makan atau menyumbang untuk majlis makan makan raya. Memang bukan semua yang berpoket kering tapi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang realiti ini mungkin melanda ramai orang.
Kadang kadang kita tidak terfikir bila merancang untuk mejayakan majlis makan makan secara potluck. Mungkin orang lain yang terlibat memang tidak berkemampuan untuk menyumbang. Atau lebihan duit selepas hari raya memang sudah diasingkan untuk perbelanjaan tertentu. Mungkin wang yang tinggal hanya cukup cukup untuk makan pakai keluarganya hingga gaji seterusnya.

Mungkin ada yang beranggapan nilai dua puluh atau lima puluh ringgit untuk sumbangan bukanlah satu jumlah besar, tapi jika dua tiga pihak yang meminta sumbangan bukan lagi jumlah kecil bagi golongan marhaen lebih lebih lagi yang tinggal di bandar. Tulisan ini bukanlah ingin menyekat budaya makan makan di bulan Syawal tetapi saling mengingat supaya mengambil kira kedudukan ekonomi pihak yang terlibat. Syawal patut dirai tetapi mengadakan majlis jamuan hari raya bukanlah wajib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *