5 Tips Ajar Anak Supaya Pandai Membaca Seawal 3 Tahun

5 tips ajar anak supaya pandai membaca seawal 3 tahun

Ada 5 tips yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain untuk memastikan anak kecil anda pandai membaca seawal usia 3 tahun. Ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak-anak membaca secara konsisten bermula 3 hingga 6 bulan untuk memastikan teknik ini berkesan.

Anak-anak perlu diajar menulis dan membaca sebelum mula bersekolah supaya dapat memudahkan proses pembelajaran diri mereka sendiri.

Di antara persediaan yang perlu ibu bapa lakukan ialah menyediakan buku bacaan dan kad imbas, playdoh, blok kayu dan permainan yang menyokong aktiviti membaca untuk anak-anak. 5 teknik mendidik anak membaca yang boleh anda lakukan ialah :

 

5 tips ajar anak supaya pandai membaca seawal 3 tahun
Berikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak ada agar dia dapat belajar seawal yang mungkin sebelum menjejaki alam persekolahan.

 

1. Tarik perhatian anak dengan gambar

Anak-anak kecil akan lebih mudah faham dalam membaca gambar dan bentuk-bentuk. Secara umumnya, anak-anak dalam usia 3 hingga 5 tahun lebih tertarik kepada simbol dan gambar.

Gunakan kaedah kad imbas sebelum anda mendidik menggunakan buku. Imbas 10 keping kad dalam masa 10 saat, kemudian barulah anda beralih kepada 1 halaman buku. Untuk 1 sesi, 2 halaman buku sudah cukup.

 

2. Elakkan gangguan semasa pembelajaran

Jauhkan anak-anak dari televisyen, radio dan telefon pintar. Gangguan ini akan menyukarkan proses pembelajaran anak-anak. Rekodkan setiap sesi pembelajaran dan perkembangan anak anda untuk analisa bahan mengajar yang seterusnya.

 

3. Carikan anak-anak buku kegemaran mereka

Bawa anak ke kedai buku, tunjukkan beberapa naskah buku kanak-kanak padanya. Biar mereka pilih buku yang menjadi kegemaran mereka. Waktu belajar nanti, kita tanya semula pada mereka, apa makna imej dalam buku contohnya watak ibu, bapa, datuk, nenek dan sebagainya. Lihat bagaimana terujanya mereka ceritakan kembali kepada anda.

 

4. Berikan hadiah dengan penjelasan

Jika anda menghadiahkan anak atau mengadakan aktiviti yang menggembirakan mereka seperti berkelah, berenang atau bermain di taman permainan, maklumkan pada mereka bahawa Allah yang menggembirakan anak-anak hari ini. Sebab itu mereka amat rajin untuk membaca buku yang ibu bapa belikan tempoh hari.

Dari situ anak-anak akan belajar bahawa kegembiraan yang sedang dinikmatinya berkait rapat dengan aktivitinya yang suka membaca. Kemudian anda boleh pujuk anak-anak untuk terus suka membaca kerana ada lebih banyak ganjaran yang sedang menanti.

 

5. Berhenti sebelum bosan melanda

Jika anak mula menunjukkan tanda bosan seperti mula melihat ke arah lain, televisyen dan adiknya bermain, tamatkan pembelajaran segera. Tidak perlu memaksa anak menghabiskan halaman atau buku. Boleh sambung pembelajaran di lain waktu.

Kita sebagai ibu bapa perlu jadi contoh yang baik buat anak-anak sekaligus menjadi teman membaca mereka. Penuhi aktiviti belajar, bermain, bernyanyi dan membaca bersama.

Untuk lebih banyak tips mendidik anak membaca, layari laman di bawah ini sekarang juga :

–> 7000+ bahan bacaan untuk pendidikan anak-anak anda <–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *