8 tanda jiwa anda sedang tertekan tanpa sedar
Tekanan boleh datang bila-bila masa tanpa mengira anda bersedia atau tidak. Ia boleh datang dari tempat kerja, rumah dan persekitaran. Tekanan boleh jadi pendorong dan pada masa yang sama boleh jadi penghalang. Baik sedar atau pun tidak, tekanan akan tetap ada dalam hidup. Boleh jadi anda sendiri sedang berdepan dengan perasaan tertekan tanpa anda sedar.
1. Terlalu sibuk berfikir. Berfikir perkara yang sama berulang kali, penuh dengan keraguan, keresahan dan sukar fokus.
2. Emosi bercelaru. Mudah tersinggung dengan perkara kecil, mudah sedih dan murung, tidak bersemangat untuk bangkit.
3. Keletihan mental dan fizikal. Tubuh lesu walau pun cukup tidur, kerap sakit kepala dan sesak di dada, hilang minat pada aktiviti harian.
4. Tidur tak lena. Sukar melelapkan mata dan kerap terjaga, bangun tidur dalam keadaan penat dan tertekan.
5. Perubahan corak pemakanan. Hilang selera makan atau makan secara berlebihan, makan makanan yang tidak sihat, berat badan susut atau bertambah secara mendadak.
6. Rasa diri tak berguna. Terlalu merendah diri, terlalu salahkan diri sendiri, melihat masa depan dalam kegelapan.
7. Jadi kera sumbang. Tak mahu bergaul dengan orang, tak nak jawab telefon dan mesej, terlalu berahsia kerana rasa tiada orang yang memahami, meninggalkan aktiviti yang dahulunya digemari.
8. Berfikiran negatif. Melarikan diri dari masalah, mahu cederakan diri sendiri, berasa hidup tidak bermakna lagi.

Apa nak buat jika anda menghadapi 8 perkara di atas?
1. Cari kawan yang boleh jadi pendengar masalah anda.
2. Tulis apa yang anda rasa setiap hari dalam sebuah buku atau diari.
3. Berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat.
Untuk permulaan, dapatkan panduan menghadapi tekanan hidup yang kami sediakan untuk anda.